Sunday, 4 September 2016

Pengenalan
Keputusan pemisahan Singapura dari Malaysia diambil secara perseorangan oleh Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj ketika beliau di London pada tahun 1965.Ketika itu Tunku Abdul Rahman bercuti selama 53 hari bagi pendapatkan rawatan di sebuah klinik di London.

Lee Kuan Yew dan parti pimpinannya PAP enggan bertolak ansur dengan kerajaan Malaysia pimpinan Tunku Abdul Rahman.

Lee Kuan Yew sering mendakwa orang Melayu hanya berjumlah 39% sahaja sementara bukan melayu 51% dan melayakkan Lee Kuan Yew menjadi Perdana Menteri Malaysia sebagaimana saranan Ramanathan. Lee Kuan Yew mempersoalkan orang Melayu sebagai penduduk jati Malaysia, mereka juga sebenarnya adalah pendatang sebagaimana Cina dan India. Contoh yang diberikan ialah Syed Jaafar Albar, Ahli politik Johor yang mempunyai darah campuran keturunan Arab.

Lee Kuan Yew menyalahkan tunku dalam kegagalan konsep "Malaysian Malay". Tunku dikatakan telah terpengaruh dengan ketuanan Melayu yang diperjuangkan oleh beberapa pelampau Melayu dari "Ultra Malay" dan Young Turk.

Sebaliknya, Lee Kuan Yeuw mewar-warkan konsep "Malaysian Malay" dan mendapat sambutan banyak parti dia semenanjung Malaysia,Sabah dan Sarawak, kecuali MCA. Gagasan Lee Kuan Yew meliputi Singapura,Pulau Pinang, Melaka, Sabah dan Sarawak.

Sebelum 1963,PAP hanya bertanding di Singapura sahaja dan Perikatan bertanding di semenanjung Malaysia sahaja.Tapi pada 1963, Tan Siew Sin mendesak Perikatan bertanding di Singapura, Namun UMNO kalah teruk.Tan Siew Sin merupakan presiden MCA dan Menteri Kewangan Malaysia ketika itu. Pada 1964, Lee Kuan Yeuw mengarahkan PAP bertanding dalam pilihan raya kebangsaan di Semenanjung Malaysia bagi menentang MCA.

UMNO mahu Perlembagaan Singapura diubah bagi menjamin masa depan orang Melayu.Sedangkan Lee Kuan Yeuw sebagai pemimpin Singapura yang ada autoriti dalam pentadbiran negeri Singapura enggan berbuat demikian. Sebaliknya, Lee Kuan Yeuw berjanji akan memperbaiki kehidupan orang Melayu melalui peluang pekerjaan, pendidikan dan skim perumahan.

Dalam projek perumahan, perkampungan Melayu dia Singapura telah dihapuskan.Akibatnya, beberapa pergaduhan berlaku. Julai 1964, kira-kira 114 persatuan Orang Melayu bertemu dengan Othman Wok iaitu Menteri Hal Ehwal Sosial Singapura bagi membincankan kepincangan orang Melayu Singapura.

Tatkala itu, 12000 orang Melayu mengadakan perarakan di jalan raya Singapura. Akhirnya tercetus rusuhan kaum antara Melayu dan Cina di Singapura. Lebih 22 orang terbunuh, 200 cedera dan 1130 ditangkap. Bulan Ogos pula, sekali lagi pergaduhan berlaku. 8 terbunuh dan 60 cedera.

Kejadian ini meyankinkan Tunku dengan mengekalkan Singapura dalam Malaysia bakal mengundang rusuhan perkauman yang lebih dasyat lagi.

No comments:

Post a Comment