Sunday, 4 September 2016

Isi Kandungan
1) pertikaian politik antara parti perikatan dengan PAP menyebabkan hubungan Singapura dan kerajaan persekutuan semakin tegang.Rusuhan kaum, iaitu antara orang Cina dan orang Melayu yang berlaku di Singapura pada julai 1964 telah menyebabkan pertumpahan sekali gus menimbulkan kerisauan kepada Tunku Abdul Rahman. Tunku Abdul Rahman berpendapat adalah lebih baik sekiranya Singapura dikeluarkan daripada Malaysia untuk mengatasi krisis yang timbul demi perpaduan kaum dan kestabilan ekonomi.


Keputusan menyingkir Singapura telah dilaksanakan pada mei 1965, gara-gara tekanan yang menghantui Tunku disebabkan karenah Perdana Menteri Singapura, Lee Kuan Yew yang sedang mencuba ketika itu agar PAP menggantikan MCA sebagai parti sekutu perikatan.Tunku tidak mahu melayan karenah Lee agar PAP menjadi parti utama orang Cina. Sewaktu itu Lee berlagak terlebih-lebih dalam merangka satu rencana membuat draf bagaimana Singapura patut keluar daripada Malaysia seandainya usaha beliau itu ditolak.Lee menjangkakan para Menteri Malaysia dapat dipujuk menyebelahi karenahnya.




Apabila Lee menunjukkan draf rencana penarikan Singapura kepada Tunku, Beliau telah menandatanganinya dan meminta Lee mendapatkan tandatangan anggota kabinet beliau untuk menyatakan persetujuan yang sama. Tunku telah bertolak ke London pada bulan Jun.Beliau telah diserang penyakit kayap dan dimasukkan ke London Clinic.Ketika itu PBB sedang bersidang dan Tun Dr. Ismail yang bakal menjadi Timbalan Perdana Menteri telah menjadi ketua delegasi Malaysia.Tunku telah meminta Duta Malaysia di Belanda Datu (gelaran beliau ketika itu) Philip Kuok datang ke London dan kemudiannya terbang ke New York membawa pesan kepada Tun Ismail agar singgah ke London dalam perjalanannya pulang ke Malaysia. Tunku mahukan Tun Razak terbang ke London secepat mungkin.

Tunku telah mengarahkan Tun Ismail terus ke Singapura dan mendesak Lee menyerahkan dokumen persetujuan ahli kabinet Singapura mengenai perpisahan itu.Oleh kerana tidak ada sebarang dokumen rasmi mengenai perkara itu, adalah serba mungkin Dollah Komunis merujuk kepada satu surat yang ditulis pada tarikh yang lebih lewat daripada kejadian itu --  selepas berlakunya satu perpisahan yang tidak dapat dielakkan. Ketika itu, segalanya sudah terlambat. Lagipun, apabila Tunku sudah membuat keputusannya, tidak mungkin di merobah pemikiran mengenai tindakannya.

Mr. Lee tejebak dalam satu perangkap buatnnya sendiri. Dia bergegas menelefon Ketua Setiusaha Kementerian Luar ketika itu akhirnya menjadi menteri Malaysia, Tan Sri Ghazli Shafie untuk ampur tangan sambil menyebut dia tidak mengingini perpisahan dan Tunku dikatakan tersilap tafsiran apa yang dikatakan. Usaha Lee tidak berbaloi. Beliau tidak mahu mempercayai sesiaa kerana memikirkan perkara itu akan reda juga akhirnya. Apabila terserlah kemudiannya pada akhir Julai 1965 bahawa Tunku tidak mahu merubah pediriannya seperti pesanan Tun yang amat jelas mengenainya, barulah Mr.Lee mengumumkan perkara itu kepada ahli kabinetnya. Lee tidak amhu berpisah daripada Malaysia tetapi dia sudah tidak ada pilihan lain . Tapi bukan semua anggota kabinet beliau sanggup menurunkan tandatangan mereka. Yang enggan ialah Timbalan Perdana Menteri, Dr.Toh Chn Chye dan Menteri Luar Mr. S. Rajaratnam. Dalam usaha terakhirnya Dr.Toh telah menulis sepucuk surat kepada Tunku untuk mengelakkan perpisahan itu.




Tunku sanggup merubah pendirian hanya kalau Mr. Lee sanggup melepaskan jawatannya sebagai Perdana Menteri. Sejurus pulang kembali, Dr.Toh mendapati Mr. Rajaratnam sudahpun menurunkan tandatangannya kerana tidak mahu berdegil bersendirian dalam hal itu. Demikianlah yang diceritakan oleh Rajaratnam ketika saya menemui beliau seperi biasa di Insitiut of Southeast Asia Studies yang terletak dalam kampus Universiti Kebangsaan Singapura. Ketika itu Rajaratnam adalah seorang fellow kanan tetap pada tahun 1980-an.Kerana itu apabila keadaan genting datang meruncin, tidak ada orang lain di ratau ini yang dapat menanding Tuanku dalam menentukan tindakan kerasya.Kalau ada sesiapa yang menang digusari oleh Tuanku, orang itu ialah Sukarno seperti yang terserlah ketika bermulanya proses konfrontasi yang mengganyang Malaysia. Tuanku berjaya menguasai keadaan dan melemahkan Mr. Lee dalam urusan hubungan Mlaysia-Singapura. Tidak ada alasan yang lain lagi. alam memoir Mr. Lee dia ada menyebut akan keperkasaan Tuanku sebagai kelemahannya juga dan dia mengakui fenomena itu walaupun sudah jauh terlambat tempohnya.

No comments:

Post a Comment