Sunday, 4 September 2016

b) Masalah Perkauman

Hubungan di antara UMNO dan PAP menjadi semakin renggang akibat beberapa peristiwa yang berlaku di Singapura. Setelah menyertai Malaysia, orang Melayu di negeri itu masih merasakan diri mereka 'diabaikan' dan kerajaan Singapura tidak mengambil tindakan untuk memperbaiki kedudukan mereka, keadaan ini menimbulkan rasa kurang senang dalam kalangan orang Melayu di Singapura. Beberapa buah pertubuhan yang mewakili orang Melayu kemudiaanya menemui Tunku Abdul Rahman untuk melaporkan perkara itu. Keadaan menjadi semakin serius selepas Setiausaha Agung UMNO, Syed Jaafar Albar menuduh pemimpin PAP cuba memecahka perpaduan masyarakat Melayu di Singapura.

No comments:

Post a Comment